Hari ini team JomCantik menghadiri sesi rakaman utk Program ‘Apa Kata Wanita…bersama Zamzarina’ di Shah Alam. Terima Kasih kpd semua student JC yg sudi luangkan masa ber shooting hari ini.

Saksikan JomCantik di segment ‘Kerja dari Rumah’ minggu ke-2 Dec nanti.

 

Kpd Bakal Usahawan dan Wanita di luar sana yg berminat dalam bidang kecantikan dan ingin jadikan ianya satu kerjaya sama ada sambilan/sepenuh masa, boleh hubungi JomCantik utk khidmat nasihat dan sertai Pelbagai Kursus Pengurusan HomeSalon JC dengan bimbingan dan latihan sepenuhnya dari kami, insyaAllah.


  • Share/Bookmark

Ketahui tentang JomCantik, Kursus dan Program yg kami jalankan secara Eksklusif di Harian Metro Hari ini 4hb Nov 2011 :)

http://www.hmetro.com.my/articles/Sedialatihankecantikan/Article


Petikan Metro 4hb Nov 2011 (Ruangan Personaliti)

WALAUPUN ketika itu memiliki kerjaya tetap yang menawarkan pendapatan lumayan setiap bulan, minat dalam bidang kecantikan mendorongnya mengambil tindakan drastik dengan berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang berkenaan.

Bagi Huzalfah Shamsudin, 37, kesungguhan meneruskan kerjaya dalam bidang perkhidmatan kecantikan itu akhirnya memberikan pulangan lumayan yang tidak pernah diimpikannya.

Malah, sejak memulakan perniagaan perkhidmatan rawatan kecantikan JomCantik dari rumah ke rumah pada 2006, boleh dikatakan rezekinya tidak pernah putus.

Waktu itu, tidak ramai yang berani mengendalikan perkhidmatan terus dari rumah ke rumah kerana bimbang ia tidak boleh berkembang lebih jauh, malah mereka juga tidak didedahkan dengan proses pengendalian perniagaan dengan betul.


“Saya tidak pernah mengambil tahu mengenai pandangan dan pendapat orang luar kerana tahu apa yang saya lakukan ini betul dan ikhlas untuk membantu pelanggan terutama wanita mendapatkan perkhidmatan kecantikan secara mudah dan pada harga berpatutan.

Walaupun nampak sukar, kepuasan yang diperoleh daripada ucapan terima kasih pelanggan memang sukar digambarkan dengan kata-kata,” katanya ketika ditemui di kedainya di Sri Gombak, Selangor, baru-baru ini.

Walaupun bekerja di rumah ataupun menawarkan perkhidmatan perawatan dari rumah ke rumah, konsep rawatan kecantikan yang diberikan masih menyamai perkhidmatan
di salun.

Di samping itu katanya, jangan terkejut apabila perolehan pendapatan daripada khidmat servis dari rumah ke rumah itu mampu menjengah lima angka setiap bulan.

Malah, ramai beranggapan ia sesuatu yang sukar dilakukan, tetapi dengan teknik dan cara yang betul serta kesungguhan mengusahakannya, segalanya mampu dimiliki.

Tidak dinafikan mungkin peralatan yang digunakan tidak secanggih dan semewah berada di salun, tetapi ia memberikan lebih keselesaan kerana berada di rumah sendiri tanpa kehadiran mereka yang tidak dikenali.

Malah, pelanggan tidak perlu lagi bersusah payah keluar untuk ke salun sebaliknya hanya membuat panggilan dan melakukan temu janji menetapkan jenis rawatan, kita akan datang untuk melakukannya,” katanya.

Selain menyediakan perkhidmatan terus dari rumah ke rumah, kini JomCantik turut menyediakan latihan kepada usahawan wanita yang ingin berjinak-jinak dengan dunia perniagaan kecantikan dan menyediakan tiga kursus utama membabitkan rawatan rambut, wajah serta mekap andaman.

Katanya, sesiapa saja yang mempunyai minat tidak kira wanita berkerjaya, suri rumah, graduan serta mereka yang tidak ada pengetahuan dalam bidang kecantikan boleh menyertainya.

Peserta diajar cara penyediaan perkhidmatan dan sebaiknya memulakan dengan satu jenis rawatan sebelum dinaik taraf dan menyediakan dengan pelbagai bentuk rawatan.

Ia bertujuan memberikan peserta lebih kemahiran dalam satu-satu bidang berbanding mencuba semua perkara hingga mengabaikan keselesaan dan kepuasan pelanggan,” katanya.

Sementara itu, Huzalfah berkata, pusat latihan usahawan JomCantik juga melancarkan Program Rakan Kursus bertujuan melatih 20 rakan kursus terlatih setiap tahun yang mana perniagaannya mendapat pemantauan menyeluruh daripada JomCantik.

Program ini diadakan bagi menyediakan kemahiran kecantikan kepada rakan kursus agar dapat menyediakan perkhidmatan rawatan sama ada di salun, beroperasi dari rumah ataupun secara bergerak.

Malah, di akhir kursus ini setiap rakan kursus mampu mengendalikan kursus kemahiran kecantikan sendiri di bawah penjenamaan JomCantik di tempat mereka selain menikmati pendapatan lumayan.

Kursus ini membantu menyediakan peluang kepada mereka yang mempunyai minat, tetapi tidak mengetahui cara untuk mengendalikannya. Ini kerana selain penyediaan kursus, JomCantik juga akan membantu menyediakan promosi dan memantau kadar perolehan usahawan berkenaan, produk digunakan serta khidmat sokongan.

Boleh dikatakan ia bertujuan menjadikan usahawan rakan kursus ini sebagai pelapis baru kepada francais mini JomCantik, tetapi berasaskan perniagaan mereka sendiri,” katanya.

Di samping itu, Huzalfah berkata, untuk perancangan masa hadapan pula dia berharap dapat menyediakan lebih banyak kursus kecantikan berorientasikan perniagaan dari rumah serta menjadi akademi kecantikan profesional salun rumah terkemuka.

Saya ingin memperluaskan lagi pusat latihan JomCantik ke seluruh negara bagi membantu membimbing usahawan wanita dalam memulakan perniagaan mereka.

Dengan ini wanita boleh memiliki pendapatan sampingan dalam membantu mengurangkan perbelanjaan harian keluarga,” katanya.

Selain itu, katanya pusat latihan ini turut bekerjasama dengan banyak pihak seperti institusi pengajian tinggi, kolej serta organisasi sokongan usahawan lain dalam usaha membantu lebih ramai wanita memulakan perniagaan kecantikan berjaya.

Saya juga ingin memastikan matlamat dan objektif utama JomCantik boleh dinikmati semua dan dengan ini wanita tanpa mengira taraf pendidikan ataupun bangsa boleh menerima manfaat daripadanya.

Kepuasan yang diperoleh atas usaha membantu mereka memerlukan menjadikan saya lebih semangat untuk memastikan impian dan cita-cita saya tercapai demi kebaikan semua pihak,” katanya.

 

 

  • Share/Bookmark

 

Mulakan perniagaan Facial HomeSalon terlatih bersama JomCantik. Kami bimbing anda menjana pendapatan RM3000 sebulan dari Home Salon anda. Daftar sekarang, Kursus Praktikal 2 hari pada 1hb – 2hb Oct 2011. Daftar sekarang

Modul kursus sila rujuk http://www.jomcantik.com/facial-homesalon

Untuk Jadual Kursus sekitar Malaysia rujuk Jadual Kursus http://www.jomcantik.com/jadual-kursus


JomCantik juga menyediakan :

  • Khidmat nasihat
  • Pembiayaan memulakan perniagaan secara Home Salon @ Salon
  • Perlantikan sebagai Rakan Kursus Terlatih http://www.jomcantik.com/rakan-kursus

 

Kembali ke laman Utama

 

  • Share/Bookmark

Kebanyakan orang tidak tahu tahu kenapa dia perlu berniaga. Kenapa dia memilih perniagaan sebagai sumber rezeki? Untuk apa dia berniaga sebenarnya?

Jawapan mudah, dia berniaga sebab dia ikut orang lain berniaga. Dia nampak orang lain dapat duit melalui perniagaan, jadi dia pun mahu dapat duit serta mahu buat duit. Tapi dia lupa utk mempersiapkan diri utk menjadi USAHAWAN

 

Usahawan yang ada motivasi tinggi adalah usahawan yang berniaga kerana minat.

  1. Bantu Org lain. Menyediakan produk atau perkhidmatan yang bermanfaat buat orang ramai melalui perniagaannya
  2. Jangan fikirkan sangat soal untung sekarang, beri masa untuk anda belajar, keuntungan akan datang sendiri apabila pelanggan berpuas hati menggunakan produk atau perkhidmatan yg anda tawarkan
  3. Usahawan hendaklah sentiasa berfikiran kreatif, dgn mencipta kelainan. Bagi setiap perkara yang kita lihat, ada bermacam- macam cara lain untuk melihatnya. Bagi setiap cara untuk melakukan sesuatu, ada bermacam-macam cara lain untuk melakukannya. JANGAN CEPAT PUTUS ASA.
  4. Jangan fikir apa org lain nak kata, JUST DO IT


  • Share/Bookmark

Rawat Masalah Rambut dan mulakan SpaRambut dari Rumah

Rambut merupakan mahkota wanita yang utama. Sama ada anda bertudung atau tidak, setiap orang pasti ada mempunyai masalah rambut seperti Gugur, Kelemumur, Menipis, Bercabang, Berbau dan lain-lain.

Lawat, JomCantik’s Shop di Facebook dan nikmati harga istimewa sepanjang tahun Klik sini

Tidak hairanlah jika wanita memandang masalah keguguran rambut sebagai sesuatu yang cukup serius. Pada kebiasaan keguguran berlaku disebabkan oleh faktor keturunan, perubahan hormon, melahirkan anak, pengambilan ubatan-ubatan dari peringkat remaja, lingkungan 20-an atau 30-an. Masalah ini menjadi lebih ketara apabila mereka mencecah usia 40-an.

Pelbagai rawatan alternatif mengatasi masalah rambut kini berada di pasaran, tetapi anda mungkin tidak sedar anda boleh pengekalkan rambut yang cantik dengan mengetahui cara penjagaan rambut yang mudah dan murah di rumah. Malah ianya juga boleh di jadikan sebagai punca rezeki tambah dan kerjaya sambilan di rumah yang begitu menguntungkan.

JomCantik syarikat milik penuh bumiputra menyediakan pelbagai Kursus Kemahiran Kecantikan seperti Solekan Asas dan Lanjutan, Rawatan Wajah dan pengurusan Salon dari Rumah juga termasuk Kursus Rawatan Rambut & Pengurusan HairSpa dari Rumah secara eksklusif kepada yang berminat memulakan kerjaya ini secara sambilan dari rumah yang menguntungkan

Pengasas JomCantik Huzalfah Shamsudin baru-baru ini berada di Ipoh dan Johor sempena Progarm Jelajah Kecantikan JomCantik 2011 di seluruh Malaysia mengadakan Kursus Asas Rawatan Wajah dan Solekan juga Kursus Rawatan Rambut dan pengurusan HairSpa dari Rumah. JomCantik juga bakal ke Brunei Julai nanti bagi memenuhi permintaan untuk program yang sama di sana.

Program Jelajah kecantikan JomCantik juga membuka peluang kepada lebih ramai wanita sama ada surirumah, ibu tunggal, persatuan, wanita bekerjaya belajar cara mengendali dan memulakan perniagaan kecantikan dari rumah yang menguntungkan.

Maklumat lanjut sila hubungi JomCantik Resources di http://www.jomcantik.com di talian 012-3155020 / 012-3900454 atau email ke zalfah@yahoo.com

atau bersama kami di Facebook http://www.facebook.com/huzalfah

  • Share/Bookmark

Rumah/Daerah Anda/Persatuan/Office/Kolej/secara kumpulan kecil

Malaysia / Brunei -PERSONAL kelas

Anda sediakan

  • Min peserta 3 org-10 org (bergantung kpd lokasi/jenis kursus pilihan anda)
  • Tiada gangguan anak kecil (kalau kursus di RUMAH anda)
  • Keadaan tempat berkursus yang selesa
  • Set solekan sendiri (or boleh beli dari kami)

Kami sediakan

  • Latihan secara Pratikal
  • Sijil kami sediakan
  • Set Kelengkapan Facial (sekiranya anda pilih kursus Asas Rawatan Wajah utk DIRI)
  • Pilihan KURSUS

  • Kursus Praktikal MakeOver [facial+solekan] – Kelas penampilan diri utk zero knowledge RM150
  • Kursus Smokey Eye RM250
  • Kursus Rawatan Rambut & Pengurusan Home HairSpa – Rawat masalah rambut dan memulakan Home HairSpa anda RM300
  • Maklumat lanjut Booking kelas secara ON line KLIK di Sini

    Utk tempahan kelas CALL (jgn sms) 012-3900454

    Nyatakan

    1. Kursus pilihan anda
    2. Tempat kursus
    3. Tarikh kursus pilihan anda (*tertakluk kpd kekosongan kelas)
    4. Jumlah peserta

    • Share/Bookmark

    Saya amat teruja menantikan tarikh 10hb April, 16hb dan 17hb April, 30hb April untuk menjalankan Program Kecantikan JomCantik luar KL : IPOH, JOHOR, PENANG (Masa: 9 pagi hingga 4 petang).

    Persiapan sudah dilakukan sejak awal lagi untuk kami menemui peserta yang mendaftar di sana.

    10hb April Ipoh, 16hb Johor : Praktikal MakeOver [facial+solekan]
    Kursus ini akan mendedahkan peserta A-Z teknik merawat wajah sendiri secara harian/mingguan di rumah, praktikal solekan asas langkah demi langkah utk yg baru berjinak2 utk serlahkan penampilan diri dan makeover yourself [saya cukup suka segment ini sbb boleh lihat perubahan mood dan wajah peserta serta merta…sampai makan pun tak lalu :)

    17hb April di Johor, 30hb Bkt Mertajam Rawatan Rambut & Pengurusan HomeHairSpa,
    Saya akan dedahkan bagaimana menjalankan HomeHair spa dari rumah dengan modal serendah RM300 shj. Latihan secara praktikal juga disediakan utk setiap peserta. Teknik yang disampaikan juga adalah amat bermanfaat bagi anda memulakan perniagaan Homebase anda dalam menambahkan pelanggang dan untuk mendapat keuntungan yang lebih hebat.

    Namun, saya mempunyai tempat kosong yang amat terhad sekarang

    10hb April – Ipoh Tinggal 5tempat shj lagi, RM150 beserta SIJIL

    16hb April – Johor Tinggal 5tempat shj lagi, RM150 beserta SIJIL

    17hb April – Johor Tinggal 3tempat shj lagi, RM300 beserta SIJIL

    30hb April – Bukit Mertajam tinggal 4tempat shj lagi, RM300 beserta SIJIL

    Dan untuk memenuhi tempat ini, saya menulis di ruangan ini untuk bertanyakan sama ada anda berminat untuk turut serta.

    Sekiranya berminat, untuk memenuhi tempat terhad ini, SILA KLIK di sini utk mendaftar (KLIK sini utk JADUAL Kursus dan Alamat) Untuk maklumat lanjut sila layari:http://www.jomcantik.com

    Galeri Gambar Event lepas sila KLIK di sini

    Semoga dapat berjumpa anda di IPOH, JOHOR, PENANG!

    -Zalfah

    Kuala Lumpur

    Kembali ke Laman Utama

    • Share/Bookmark

     

    Hari ini saya kongsikan bagaimana menjalankan Home HairSpa . Hair Spa atau rawatan rambut (bukan gunting rambut ya.. ramai yang terkeliru) utk suburkan akar rambut dan mengatasi masalah rambut. Di malaysia terdapat byk nama2 besar berkaitan dgn rawatan rambut, saya tak perlu senaraikan sbb semua sedia maklum dan kos rawatan juga besar. Tidak semua org yang ada masalah rambut mampu nak ke sana menjalani rawatan.

    Ambil peluang ini utk anda wujudkan Home Hair Spa anda sendiri yang beroperasi dari rumah, rumah ke rumah atau ke pejabat.

     

    Apa yang anda perlukan?

    Ruang utk berniaga – cukup dengan satu kerusi, stimer, dan pelanggan yang ada masalah rambut

    Modal berniaga sgt minima, abang jual burger pun kena keluar modal lebih besar.

    …dan ILMU Rawatan rambut. Daftar lah sertai kursus Rawatan Rambut terlebih dahulu

     
    Jangka masa rawatan & pendapatan

    minima cuma 30min utk seorg pelanggan (normal treatment). Cuba kira pendapatan anda sekiranya anda beroperasi cuma utk 2jam Sabtu, 2jam Ahad, utk sebulan, dengan bayaran satu pelanggan cuma RM20?

    Mudahkan menjana pendapatan? Tapi di dalam berniaga kena ada kejujuran, anda menyediakan rawatan rambut, pastikan rawatan berkesan, ada kepuasan di hati pelanggan, cari lah set rawatan rambut yang membantu mengatasi masalah rambut pelanggan.

    Homebase business mmg mudah, tapi kejayaan perniagaan terletak di tangan anda. Bina hubungan baik dengan Allah supaya rezeki yang kita cari dengan cara halal, dengan usaha bersungguh-sungguh ini ada keberkatannya. Anda secara tidak langsung membantu ramai org yang mempunyai masalah rambut mencari jalan penyelesaian dengan mendapatkan rawatan dengan anda.

    Saya akan kongsikan lebih banyak lagi Peluang Perniagaan Kecantikan dari rumah pada 12hb March 2011, di subang perdana. Masuk adalah PERCUMA, dan sbb seat terhad, saya buka peluang ini kpd mereka yg benar-benar ingin jadikan Homebase business satu peluang kerjaya secara sambilan/sepenuh masa. Yang berminat boleh hubungi 0012-3155020 utk mendaftar.

    JomCantik juga menyediakan Kursus Rawatan Rambut & Pengurusan Home HairSpa

     
    Tarikh Kursus : sila KLIK di sini utk JADUAL Kursus secara berjadual.  Atau anda boleh juga hubungi 012-3900454 utk booking kelas di hari bekerja Isnin-Jumaat

    Rawatan utk masalah rambut :-


    Gugur, berbau, kel
    emumur, berjerawat di kepala, menipis, tidak bermaya, bercabang, rosak

     
    Modul Pembelajaran

    Kenali masalah rambut & cara atasi

    Cara merawat masalah rambut gugur, berbau, kelemumur, bercabang, menipis, berjerawat di kepala dll

    Latihan praktikal rawatan hairspa utk diri sendiri

    Latihan praktikal rawatan hairspa utk pelanggan

    Latihan praktikal head & Shoulder massage

    Teknik Pengurusan Home Hair Spa yang menguntungkan

    Teknik promosi yang berkesan

    • Share/Bookmark