“Saya suka lihat wanita cantik & sihat” – Sharifah Abd Rahman
Sharifah Abd Rahman (K.Pah) seorang yang simple, mudah di dekati dan ceria orangnya sehingga saya kadang-kadang terlupa beliau sudah berumur 50 thn.
K.Pah telah menjalani Kursus Kemahiran HomeSalon bersama JomCantik sejak Sept 2011 dan antara pelajar JomCantik yang menjana pendapatan lumyan dari Mini Home Salon yang beliau miliki di rumah.
Berbekalkan modal kurang RM2000 kini beliau mengusahakan HomeSalon di rumah atau rumah ke rumah dengan menyediakan Rawatan Rambut, Rawatan Wajah serta pengedar produk Gamat dan Sarang Burung di Shah Alam.
Jangan terkejut, dengan bimbingan dan latihan beliau kini sudah mempunyai lebih dari 20 org pelanggan tetap dan berpendapatan secara purata RM200 sehari dengan hanya beroperasi 2jam sehari!
Ikuti Rahsia Kejayaan K.Pah dan Effa Beauty Salon pada sesi inteview saya dan K.Pah pada 14/12/2011
Profile Peribadi
- Nama : Sharifah Abd Rahman
- Umur : 50
- Pekerjaan : Pesara Kerajaan
- Alamat : Sek 7 Shah Alam
- Minat : Membaca, Kecantikan, Melancong
- Sijil Kelayakan : Kursus Rawatan Wajah & Pengurusan HomeSalon, Kursus Rawatan Rambut & Pengurusan HomeSalon dari JomCantik Training Centre
- Falsafah Hidup : Jangan Jadikan Kegagalan sebagai Halangan utk Berjaya
- Spa Kecantikan : Rawatan Wajah dan Rawatan Rambut
- Produk Kecantikan yang di gunakan di HomeSalon : Pengedar produk Gamat & Sarang Burung.
JomCantik : Apa pendapat puan tentang perniagaan dari rumah?
K.Pah : Mudah, Selesa, Flexible masa, Modal Kecil, Pendapatan Lumayan
JomCantik : Bagaimana puan mula terlibat dengan perniagaan kecantikan dari rumah?
K.Pah : Saya suka melihat wanita cantik & sihat. Pada mulanya hanya untuk mengisi masa lapang selepas bersara. Kemudianya saya rasa cukup selesa menjadikan ianya satu kerjaya. Saya dapat bergaul dgn ramai org dari pelbagai status, umur, dan dapat membantu lebih ramai wanita merawat masalah rambut dan wajah mereka dengan baik. Saya juga tidak sangka dengan hanya secara sambilan dari rumah / bergerak, saya mampu menjana pendapatan lumayan
JomCantik : Di mana puan menjalankan perniagaan homesalon?
K.Pah : Di Rumah , Bergerak (rumah ke rumah @ pejabat)
JomCantik : Apakah bentuk promosi yg puan kerap jalankan?
K.Pah : Edaran Flyers, Iklan di facebook, SmS, Boucher dll.
JomCantik : Bagaimana maklum balas pelanggan puan tentang perkhidmatan / produk / perniagaan yg puan jalankan?
K.Pah : Mereka sangat berpuas hati dengan perkhidmatan HomeSalon kerana seolah-olah sedang mendapat rawatan di Salon. Produk kecantikan berasas Gamat dan Sarang burung yg saya gunakan juga byk membantu merawat masalah wajah/rambut pelanggan saya dengan sangat berkesan. Ini satu keunikan di HomeSalon saya kerana tidak ramai pengusaha salon yg fokus mengunakan produk gamat dan sarang burung untuk rawatan. Malah saya kini sudah ada lebih 20 org pelanggan tetap dari umur 18-60 tahun tidak sampai 3bulan Home Salon saya beroperasi.

JomCantik : Apakah cabaran yang puan hadapi dari mula mengendalikan HomeSalon hingga sekarang?
K.Pah : Pada mulanya memang bukan mudah untuk memperkenalkan perkhidmatan Homesalon ini kpd orang luar, jadi saya mulakan dengan kenalan rapat dan keluarga. Kemudian saya luaskan promosi kepada bekas rakan pejabat dan orang yg tidak di kenali. Promosi tanpa henti ini menbuahkan hasil bila kurang dari 3bulan saya sudah mempunyai pelanggan tetap lebih dari 20 orang yang berkehendakan perkhidmatan di rumah / rumah ke rumah
JomCantik : Berapa lama HomeSalon Puan sudah beroperasi?
K.Pah : Sept 2011 – sekarang

JomCantik : Berapa Pendapatan yang puan perolehi dari HomeSalon?
K. Pah : Purata RM200 sehari, bekerja 2jam sehari.
JomCantik : Adakah Puan berimpian utk mempunyai salon sendiri satu hari nanti?
K.Pah : Tidak – saya lebih selesa berkerja dari rumah dan mempunyai jadual masa sendiri untuk keluarga, HomeSalon dan lain-lain. Kos pengurusan dan perbelanjaan dengan HomeSalon sangat menjimatkan.
JomCantik : Apakah perancangan puan utk tahun 2012/ masa depan
K.Pah : Saya merancang menyertai JomCantik sebagai Rakan Kursus untuk terus di bimbing dan di latih sebagai tenaga pengajar terlatih JomCantik dan mengendalikan pelbagai Kursus kecantikan bersama JomCantik. Saya juga merancang untuk menambah beberapa lagi perkhidmatan di salon seperti Pengayaan Rambut dan menyediakan Perkhidmatan Solekan
JomCantik : Nasihat puan utk wanita lain di luar sana yang berminat memulakan homesalon
K.Pah : PERTAMA cari ilmu dan kemahiran tentang Homesalon. KEDUA mempunyai minat dan usaha yang bersungguh- sungguh (bukan hangat-hangat tahi ayam) dalam memula, mengurus dan menjalankan perniagaan homesalon anda. KETIGA kerap bertanya, berbincang dan dapatkan khidmat nasihat dari pakar pengurusan homesalon seperti JomCantik
(c) JomCantik
Jadual Kursus | Borang Pendaftaran Kursus | Anda Tanya Saya Jawab | Online bersama Zaza
Maklumat tentang Kursus :
JC Facial | JC HairSpa | JC Andaman | JC Asas
Program Usahawan Rakan Kursus Terlatih |Pembiayaan

















