Try it and have fun with color
Kpd yg mendaftar sertai Kursus Andaman JomCantik (Rujuk Jadual Kursus), boleh belajar teknik ini secara LIVE praktikal. www.jomcantik.com
Try it and have fun with color
Kpd yg mendaftar sertai Kursus Andaman JomCantik (Rujuk Jadual Kursus), boleh belajar teknik ini secara LIVE praktikal. www.jomcantik.com
Sabahan Beauty Eyes Contest
Anjuran JomCantik Sabah akan bermula pada 01/01/2012..
Penyertaan dibuka sekarang…’peserta yang mendapat LIKE tertinggi adalah pemenang.

Hadiah yang bakal di menangi:-
1. Dapat menghadiri Seminar Peluang / Panduan memulakan Perniagaan HomeSalon secara PERCUMA!!!
2. SET LENGKAP MAKE UP
Eyeshadow
Blusher
Compact Powder
Lipstick
Eye Liner
Mascara
Concealer
3. Misteri Gift Dari CEO JomCantik
4. Sijil Penghargaan dari JomCantik
* Hanya satu pemenang sahaja di pilih berdasarkan jumlah ‘LIKE’ paling tinggi…
Tetapi…setiap peserta yang mendapat ‘LIKE’ melebihi 1000 LIKE akan mendapat hadiah misteri!!!!!
Syarat-syarat penyertaan:
Butir-butir yg kami perlukan:
(sila letak subjek..beauty eyes contest)
Untuk memenangi peraduan anda perlu mempunyai jumlah LIKE terbanyak, jemput rakan, saudara, dan sesiapa sahaja untuk like gambar.
Pemenang akan diumumkan melaui telefon/email dan di umumkan di page JomCantik Sabah selepas 1minggu tarikh tutup penyertaan.
Apa anda Perlu Buat :
Tarikh TUTUP PENYERTAAN 1hb FEB 2012
Pemakaian tudung sudah menjadi satu kelaziman di kalangan wanita Islam di negara ini dalam memenuhi tuntutan menutup aurat sebagaimana yang telah disyariatkan. Tanpa meminggirkan niat asal tersebut dan seiring dengan perkembangan semasa, tudung menjadi sebahagian elemen fesyen yang sedikit sebanyak berperanan meningkatkan penampilan diri wanita muslimah. Berikut merupakan pemilihan tudung yang sesuai mengikut bentuk muka.
Pemilihan Tudung Yang Sesuai Mengikut Bentuk Muka
Bentuk Muka Oval
Biasanya boleh dikatakan bentuk idaman. Oleh itu,dalam menggunakan tudung, bentuk muka yang lain memerlukan sentuhan khusus supaya dapat mendekati bentuk muka oval. Sementara itu,bagi anda yang mempunyai bentuk muka oval pula, anda bebas memilih gaya bertudung, bahkan dapat mengelakkan daripada menggunakan hairband. Jadi jika anda penggemar selendang, anda bebas untuk menggunakan apa juga jenis selendang dan boleh memilih untuk menggunakan anak tudung atau pun tidak.
Bentuk Muka Petak/Kotak
Ciri bentuk muka petak adalah lebih lebar di antara pelipis dan antara pangkal rahang lebih kurang sama, tulang rahang yang dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar. Dalam mengenakan tudung,bahagian tulang rahang dapat disembunyikan disebalik tudung dan gunakan hairband supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Mereka yang mempunyai bentuk muka ini, perlulah bijak menggayakan selendang. Stail Selendang Bienda atau ikatan di belakang tengkuk perlu dielakkan kerana gaya selendang ini tidak dapat menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Pilihlah gaya selendang yang menjurus kepada gaya lilitan.
Bentuk Muka Panjang
Seperti bentuk muka segi tiga,mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagunya yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi,disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening . Penggunaan anak tudung syiria bersama selendang adalah disarankan buat mereka yang memiliki bentuk muka panjang kerana ia dapat membantu kamu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka oval, semua jenis selendang sesuai digayakan.
Bentuk Segitiga
Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga,ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan jarak pangkal rahang. Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu ditengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka.Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti hairnet. Bagi membolehkan bahagian kening terangkat gunakan headband sebelum menggunakan anak tudung tersebut. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukanlah satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka oval. Bagaimanapun, cara pemakaian selendang haruslah diperhatikan agar jarak pelipis yang lebih lebar berbanding jarak pangkal rahang tidak kelihatan nyata. Gaya selendang harus menjurus kepada gaya pintalan atau gaya sanggul lebih sesuai kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.
Bentuk Muka Bulat
Bentuk muka bulat dicirikan dengan jarak dahi ke dagu sama dengan jarak kedua-dua pelipis serta tulang rahang yang bertimbung di pipi. Mereka yang mempunyai bentuk muka ini disarankan menggunakan hairband terlebih dahulu sebelum menggunakan anak tudung. Pilihlah anak tudung yang diperbuat dari bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Hairband yang digunakan akan membayangkan keluar dan menampakkan bentuk muka yang memanjang. Bagi pemilihan selendang,disarankan memilih selendang yang mempunyai fabrik yang nipis agar ukuran kepala tidak kelihatan bertambah apabila digayakan. Selandang pashmina nipis atau pashmina mini sangat sesuai digayakan mereka yang mempunyai bentuk muka bulat. Bagaimanapun , disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.
(c) JomCantik
Jadual Kursus | Borang Pendaftaran Kursus | Anda Tanya Saya Jawab | Online bersama Zaza
Maklumat tentang Kursus :
JC Facial | JC HairSpa | JC Andaman | JC Asas
Program Usahawan Rakan Kursus Terlatih |Pembiayaan
Jenis dan warna kulit merupakan faktor penting yang perlu dilihat sebelum memilih pemerah pipi yang bersesuain. Bagi wanita berkulit putih, penggunaan warna merah jambu atau warna senada akan menjadikan wajah lebih segar. Manakala warna seperti coklat muda, oren atau perang, sesuai untuk wanita berkulit sawo matang agar penampilan tampak lebih eksotik dan menarik
Jenis pemerah pipi
Mengenakan pemerah pipi mengikut bentuk wajah
Bujur
Sapukan pemerah pipi pada bahagian tulang pipi dengan gerakan sedikit melengkung atau tambahkan sedikit pemerah pipi di atas tulang hidung bagi menimbulkan kesan yang lebih glamor
Bulat
Lakukan teknik shading di bahagian rahang dengan menggunakan pemerah pipi sedikit lebih gelap daripada warna kulit agar wajah kelihatan lebih bujur. Kemudian sapukan pewarna pipi dengan warna yang lebih terang pada puncak pipi ke arah telinga dengan gerakan ke atas
Lonjong
Bagi wanita yang memilki wajah lonjong, gunakan pemerah pipi tepat ada tulang pipi dengan gerakan mendatar. Gunakan warna yang lebih terang agar perhatian akan tertumpu pada bahagian pipi, ia mampu menutup wajah yang kelihatan memanjang
Persegi
Untuk menyamarkan potongan rahang, sapukan pewarna pipi dengan warna yang lebih gelap dari dagu sehingga telinga.
Hati
Pilih pewarna pipi dengan warna sedikit gelap dan sapukan pada bahagian sekitar dagu dan bawah rahang. untuk kesan lebih cerah, sapukan pewarna sedikit gelap dan sapukan pada bahagian sekitar pewarna pipi warna perang dan tulang pipi ke arah telinga.
Rahsia pemerah pipi :
Kasut merupakan keperluan asas yang amat penting dalam hidup kita seharian. Kasut digunakan untuk melapik kaki selain menjaga kaki daripada tercedera ketika kita berjalan. Namun kini kasut bukan hanya digunakan sebagai pengalas kaki,tetapi turut menjadi elemen keterampilan diri seseorang.
Sering kali kita tersalah memilih kasut sehingga kaki kita melecet atau kasut yang dipilih tidak sesuai atau mungkin mencederakan kaki.
Maka sebab itulah kita perlu teliti semasa membeli sepasang kasut kerana jika tersalah pilih, anda bukan sahaja rugi wang tetapi anda mungkin melecet dikaki kerana keadaan kasut yang tidak selesa dengan kaki anda. Memakai kasut yg terlalu ketat juga memberi kesan kpd kesihatan. Awas!
Ikuti beberapa tip berikut sebelum anda membuat keputusan untuk membeli sepasang kasut:
Percayakah anda warna mempengaruhi kehidupan kita tanpa kita sedari. Setiap warna mempunyai kesan atau pengaruh mental dan fizikal ke atas diri kita. Mungkin kita tidak percaya. Tetapi ini telah terbukti dengan perubahan fizikal dan/atau emosi kita apabila kita melihat atau terdedah lama pada warna-warna tertentu di sekeliling kita.
Warna Merah
Warna berkaitan kepantasan dan stamina
Warna Orange
Kesihatan, kegembiraan dan motivasi
Warna Kuning
Kebijaksanaan dan dapat merehatkan minda. Warna Kuning mempengaruhi intelektual, meningkatkan keyakinan diri dan konsentrasi.
Warna Hijau
Warna penyembuh, keseimbangan kasih sayang, kesihatan, kecantikan, kegembiraan dan pemikiran yang tegas
Warna Biru
Kedamaian, tenang dan relaks
Warna Ungu
Menyembuhkan penyakit. Membantu meningkatkan rasa percaya diri.
Warna Hitam
Sering dipakai untuk menekan nafsu makan
Bagi yang ingin mengurangi berat badan, gunakan taplak meja berwarna hitam sebagai alas meja makan (haha)
Warna coklat dan Merah maroon
Hati-hati menggunakan warna coklat terlalu banyak, termasuk merah marun. Walaupun ianya sangat baik sebagai warna dasar, tapi ingat warna coklat dan merah maroon memberikan tekanan. Untuk menyeimbangkan kedua warna ini lebih baik gunakan warna netral atau pastel.
Turquoise atau Hijau kebiruan
Warna untuk komunikasi. Penggunaan warna ini dianjurkan saat wawancara, buat perbentangani di mana anda harus berbicara dengan jelas dan penuh keyakinan diri.
Warna terang seperti merah, oranye, dan kuning telah terbukti untuk merangsang sistem saraf dan meningkatkan nafsu makan Anda
Pemilihan Warna yg bijak untuk Perniagaan
Saya nak kongsi pula beberapa maksud warna yang digunakan dalam perniagaan. Oleh itu, bila buat logo, atau memilih corporate color, pilih lah dengan bijak. Menurut buku perniagaan Al & Laura Reis…
Oleh kerana warna-warna tertentu memberi fokus yang berbeza pada retina mata, maka, pemilihan warna yang bijak juga akan menjadikan jenama perniagaan anda lebih menarik dan mesej perniagaan anda juga dapat disampaikan dengan warna
So, sekarang anda tahu mengapa Logo JomCantik menggunakan warna merah & hitam!
Jadi, apakah warna yang menjadi favorit anda saat ini?
Hampir 2bulan JomCantik tidak mengendalikan Kursus Asas Kecantikan yang meliputi Asas Solekan, Asas Penjagaan Wajah dan Teknik Mudah Gaya Bertudugn buat warga KL/Selangor. Ini kerana Jadual kami yang padat dengan Program Rakan Kursus dan Melatih lebih ramai wanita dlm Kursus Pengurusan HomeSalon.
Berita Baik utk anda, JomCantik akan kendalikan Kursus Asas Kecantikan 3 dlm 1 utk serlahkan penampilan diri sendiri – Facial, Solekan dan Gaya Bertudung.
Setiap peserta yang mendaftar sama ada individu @ berkumpulan, anda layak mendapatkan PERCUMA Pro Makeup set yang di lengkapi dengan Eyeshadow, Lipstik, Blusher. Jadi anda hanya perlu bawa sendiri Mascara, Eye Liner Liquid dan Pensil serta Brush solekan.
Sekiranya anda tidak ada set solekan sendiri, boleh buat tempahan untuk dapatkannya dengan harga istimewa RM60 sahaja.
Maklumat lanjut seperti di iklan di atas. Daftar Sekarang, Tempat Terhad
Daftar Online Klik di sini Atau boleh Daftar secar SMS seperti di nyatakan di iklan. Jumpa anda di sana.
Serlahkan penampilan anda. Anda boleh ubah suai asalkan masih kelihatan sopan dan anggun.
TAHUKAH ANDA..
Belajar tentang penampilan sama ada untuk
Kami menyediakan asas untuk anda serlahkan penampilan, ubah penampilan anda agar lebih positif. Rata-rata wanita berasa lebih berkeyakinan dengan penampilan yang menarik.
Jadual Kursus : http://www.jomcantik.com/jadual-kursus (Basic Smokey Eye for Work)