Kursus Rawatan Wajah, Memula dan Menguruskan Home Salon
Pendahuluan
Penjagaan Wajah terutama kepada golongan wanita menjadi satu agenda penting. Masalah kulit wajah yang berjerawat, terlalu berminyak, sensitif, berjeragat dan kulit muka yang rosak kerana penggunaan produk kecantikan menjadi igauan wanita. Mereka sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk kekal cantik. Di samping itu permintaan untuk mendapatkan perkhidmatan dari rumah ke rumah terutama yang berkaitan rawatan wajah secara professional semakin mendapat sambutan menggalakkan. Perkhidmatan Rawatan Wajah ini juga merupakan sumber kewangan tambahan yang mudah di jalankan tanpa memerlukan perbelanjaan dan ruangan yang besar
Objektif Kursus
Di akhir program ini, peserta akan berupaya untuk :
- Memulakan Rawatan wajah di Rumah (Home Base Hair-Spa) / Bergerak dari rumah ke rumah / balik kampung.
- Merawat masalah jerawat, jeragat, lebam mata, liang roma besar, terlalu berminyaak, kulit tidak sekata dan lain-lain untuk diri sendiri dan orang lain (pelanggan).
- Belajar menguruskan kewangan./ inventori salon yang baik.
- Belajar teknik mempromosikan perkhidmatan Home Salon yang berkesan.
- Menjana pendapatan tambahan yang lumpayan walau hanya beroperasi. dari rumah.
- Menbantu lebih ramai wanita mengatasi masalah wajah mereka dengan rawatan yang professional dan berkesan.
Tempoh Kursus : 2 hari (16jam)
Metodologi : Latihan secara 80% Praktikal dan 20% Teori
Yuran Kursus : RM1220 (PERCUMA Portable Stimer dan Set Rawatan Wajah) beserta Sijil Kelayakan dari JomCantik
KLIK di sini untuk lihat GAMBAR-GAMBAR KURSUS YG LEPAS
Peserta perlu sediakan
- Peserta/Model datang dengan wajah tanpa solekan
- Peserta bawa 2 helai tuala sederhana besar, head band, kapas muka, berus facial, 1 helai tuala/selimut panjang, mangkuk utk air
- Buku nota
JomCantik sediakan
- Set Rawatan Wajah – 1 botol Massage Oil, 1 tube Scrub, 1 botol Pencuci Muka, 1 botol Penyegar, 1 botol Pelembab, 1 bottle Krim Pencerah, 1 botol Gamat Gel, 1 sachet Masker, 1 sachet Gamat Jelly untuk latihan kursus dan di beri percuma kepada peserta
- Set Portable stimer utk latihan kursus dan bawa pulang
- Piring kecil dan span muka pakai buang
Kursus Hari 1
Bahagian 1 : Pengenalan
- Kenali jenis kulit, masalah kulit, punca jerawat / jeragat di wajah
- Kepentingan menjaga wajah untuk diri secara harian / mingguan
- Cara mengatasi masalah kulit wajah seperti Jerawat, jeragat, pigmentasi, liang roma besar, black head di hidung, terlalu berminyak, terlalu sensitif, lebam bawah mata, kedutan
- Panduan memilih set rawatan wajah yang halal, selamat, berkualiti dan berkesan untuk diri dan pelanggan
- Panduan penggunaan/kelebihan set rawatan wajah yang di gunakan semasa kursus
- Jenis-jenis rawatan wajah
Bahagian 2 : Latihan Praktikal
- Latihan Praktikal Rawatan wajah untuk diri sendiri (Teknik rawatan Harian dan Mingguan
- Latihan Praktikal Rawatan wajah ke atas model untuk masalah jerawat, jeragat, lebam mata, liang roma besar, kulit tidak sekata, kulit sangat berminyak
- Teknik menanggalkan sel kulit mati, black head dan white head di wajah yang berkesan
- Teknik urutan wajah menggunakan gerakan jari dan tekanan. Latihan ini di beri tumpuan penuh yang merupakan latihan penting untuk kursus
- Teknik urutan mata untuk melegakan tekanan (stress)
- Cara sapuan masker, penyegar dan pelembab yang betul
- Teknik menganjalkan kulit wajah dan menaikkan seri wajah
- Asas urutan badan dari bahu ke pinggang
Kursus Hari Ke-2
Bahagian 4 : Latihan praktikal
Bahagian 5 : Penilaian peserta
- Penilaian untuk urutan wajah dan mata.
- Penilaian untuk rawatan jerawat dan jeragat
- Penilaian tentang pemahaman peserta terhadap khasiat produk dan kegunaan untuk rawatan wajah
Bahagian 6 : Panduan memulakan HomeSpa
- Panduan memulakan Homebase Salon – di rumah / rumah ke rumah / di salon / balik kampung / bekerja di salon
- Pengurusan Home Salon
- Asas pengurusan kewangan dan inventori
- Teknik dan cadangan promosi yang berkesan
Jadual Kursus Klik di sini ATAU hubungi kami untuk Personal Kelas Anda setiap hari Isnin-Jumaat
Hubungi kami di 012-3900454 / 012-3155020
Kursus ini juga boleh di jalankan secara berkumpulan di tempat anda
Jadi Sahabat JomCantik di Facebook http://www.facebook.com/huzalfah
Tel: 012-3900454 / 012-3155020 Email : zalfah@yahoo.com
Kembali ke laman Utama
