Kursus Kecantikan Lanjutan

 

 Kursus Kecantikan Lanjutan (Facial Homebase)

 Kursus Kecantikan Lanjutan - Solekan

 

 

 

Kursus Lanjutan Rawatan Wajah (Facial)

Kursus Lanjutan Solekan

Pakej Kursus Lanjutan Facial dan Solekan

Kelas Peribadi secara Latihan Praktikal

Kursus Kemahiran peringkat Lanjutan ini sesuai untuk mereka yang betul-betul berminat dan serius ingin jadikan Bidang Kecantikan satu kerjaya/perniagaan sama ada secara sambilan / sepenuh masa. Nasihat kami, sebelum anda ikuti program ini, terlebih dahulu, ikuti Kursus Facial/Solekan Asas yang kami sediakan [juga boleh dikendalikan di kediaman anda] utk memberi pendedahan tentang teknik asas produk kecantikan rawatan wajah, teknik facial yang betul dan sapuan makeup yang kemas dan cantik.

Hasil Solekan PelajarHasrat kami, dengan anda menyertai Kursus ini, anda akan dilatih sepenuhnya tentang Kemahiran Kecantikan, bagaimana memula dan membina kerjaya/perniagaan dlm bidang ini secara homebase atau di salon anda. Yang penting, kami bantu anda dari sudut consultation, latihan dan bimbingan berterusan sehingga mahir dalam pengendalian dan pengurusan perniagaan anda. Termasuk khidmat nasihat tentang promosi/pemasaran yang berkesan dan menguntungkan anda.

Anda juga akan di bantu dari sudut pengetahuan bagaimana menghasilkan promosi dan marketing utk perniagaan anda sendiri seperti, cara membuat iklan/flyers yang berkesan, cara pengiklanan di ruang internet, teknik komunikasi perniagaan, teknik perkhidmatan+jualan yang mana semua kemahiran ini sangat perlu dan membantu anda memula, membina dan mengembangkan perniagaan kecantikan anda yang menguntungkan. Hasil solekan pelajar

Istimewa utk peserta Kursus ini, Kami di Jomcantik juga boleh membantu anda menyediakan Website Perniagaan anda dengan harga RM250 shj bila anda sertai Kursus ini [Pilihan peseta]

PERCUMA set skincare / makeup utk peserta yang mendaftar.

Cara mendaftar:

Sms : Nama penuh/Kursus di minati/No Hp utk kami hubungi dan hantarkan ke 012-3155020

 

Kembali ke Laman Utama

  • Share/Bookmark
tags, , ,

Comments are closed.