Jadual Kursus KLIK di sini
Mendaftar secara ONline KLIK di sini
KLIK di sini untuk lihat GAMBAR-GAMBAR KURSUS YG LEPAS
Kursus JC Asas : Asas Penjagaan Wajah, Asas Solekan, Pengayaan Tudung
Pendahuluan
Ramai wanita kerap bertukar-tukar set penjagaan wajah, minat mengumpul set solekan yang banyak tetapi tidak tahu cara yang betul bagaimana menyerlahkan penampilan dengan mengenakan solekan yang cantik, kemas, tidak tebal, memilih set asas penjagaan wajah yang selamat, berkualiti dan sesuai untuk kulit wajah sendiri serta menggayakan tudung dengan teknik yang mudah dan cantik ke pejabat / majlis yang di hadiri.
Objektif
Di akhir program ini, peserta akan berupaya untuk :
- Menyerlahkan penampilan diri sendiri dari rumah tanpa pembelanjaan yang tinggi.
- Mengetahui cara memilih set produk kecantikan yang selamat / halal / berkualiti untuk wajah
- Mengenakan solekan yang mudah dan cantik ke pejabat / majlis
- Cantik dengan pelbagai gaya bertudung
- Membentuk keyakinan diri untuk lebih positif dalam menghargai diri dan menjaga kesihatan dan kecantikan dengan ilmu
Kursus ini terbahagi kepada 3 bahagian
Bahagian 1 : Teknik Asas Penjagaan Wajah untuk Diri
Bahagian 2 : Teknik Asas Solekan ke pejabat / majlis rasmi / santai
Bahagian 3 : Pengayaan Tudung
Tempoh Kursus : 1 hari (6jam)
Metodologi : Latihan secara 80% Praktikal dan 20% Teori
Yuran Kursus : RM100 beserta Sijil Penyertaan dari JomCantik
Persiapan
Kelas di buka hanya untuk wanita berumur 16tahun keatas. Kelas asas ini khas untuk mereka yang baru berjinak-jinak mengenali dunia kecantikan dan ingin belajar asas kecantikan untuk kemahiran diri sahaja
Peserta perlu sediakan
- Peserta datang dengan wajah tanpa solekan
- Peserta bawa head band/klip rambut
- Peserta bawa set makeup sendiri / beli di tempat kursus. JomCantik bantu anda pilih set solekan yang betul dengan padanan jenis dan warna kulit anda. Set makeup yang perlu di sediakan termasuk : Foundation, eye shadow, eyeliner, mascara, blusher, lipstik, compak powder, loose powder,
- Buku nota
JomCantik sediakan
- Set Rawatan Wajah untuk kegunaan kursus
Bahagian 1 : Pengenalan
- Pengenalan tentang JomCantik
Bahagian 2 : Panduan Asas Penjaggan Wajah
- Panduan asas penjagaan wajah untuk diri sendiri secara harian / mingguan serta membentuk keyakinan diri mereka dengan menghargai diri, kesihatan dan kecantikan dengan ilmu.
- Cara mengatasi masalah biasa kulit wajah seperti Jerawat, jeragat, pigmentasi, liang roma besar, black head di hidung, terlalu berminyak, terlalu sensitif, lebam bawah mata, kedutan
- Kenali dan ketahui Panduan memilih dan fungsi asas set asas penjagaan wajah yang halal, selamat, berkualiti dan berkesan untuk diri
- Panduan penggunaan / kelebihan set rawatan wajah yang di gunakan semasa kursus
Bahagian 3 : Latihan Praktikal Penjagaan Wajah
- Cara menanggalkan sel kulit mati, black head, white head dan mencerahkan kulit muka tanpa pengelupasan
- Sapuan masker di wajah
- Teknik betul meratakan penyegar dan pelembab di wajah
- Teknik asas urutan wajah sendiri
Bahagian 4 : Pengenalan Asas Solekan
- Cara memilih set solekan asas yang bersesuian dengan jenis dan warna kulit.
- Kenali set solekan asas, keperluan & kegunaan termasuk set brush solekan
- Panduan asas yang perlu di elakkan / dilakukan sewaktu mengenakan solekan
Bahagian 5 : Latihan Praktikal Asas Solekan
- Teknik betul menggunakan foundation / bedak asas di wajah bagi menutup cela di wajah termasuk bekas jerawat (jeragat)
- Teknik asas solekan Smokey eye yang kemas, cantik dan sesuai di guna ke pejabat / majlis
- Teknik menggunakan mascara yang betul agar bulu mata lebih panjang, cantik dan seakan memakai bulu mata palsu
- Teknik melukis eye liner & eye brow bagi membentuk mata dan kening
- Teknik menyapu blusher di wajah sebagai membetuk wajah di bahagian pipi serta pelengkap solekan
- Panduan memilih warna yang sesuai untuk lipstick yang di padankan dengan gaya dan penampilan.
Bahagian 6 : Teknik Pengayaan Tudung
- Teknik pengayaan tudung yang kemas, cepat dan cantik ke Pejabat / Majlis menggunakan pelbagai jenis tudung seperti tudung segi empat, selendang, tudung pakai siap.
- Panduan memilih aksesori untuk di padankan dengan tudung dan baju
- Panduan asas memilih warna untuk tudung dan baju yang di padankan dengan warna kulit / majlis di hadiri / ke pejabat
Bahagian 7 : Taklimat ringkas Kursus Jangka Pendek dan Peluang di lantik sebagai Rakan Kursus JomCantik
Nota Penting : Peserta kursus ini masih tidak layak untuk mengendalikan perniagaan home salon. Sekiranya peserta berminat, di galakkan untuk mendaftar ke kursus lanjutan dan pengurusan home salon/hairspa yang di kendalikan JomCantik :
- Kursus JC Facial http://www.jomcantik.com/facial-homesalon
- Kursus JC HairSpa http://www.jomcantik.com/rawatan-rambut
- Kursus JC Makeup http://www.jomcantik.com/smokey-eye
Jadual Kursus Klik di sini ATAU hubungi kami untuk Personal Kelas Anda setiap hari Isnin-Jumaat
Kursus ini juga boleh di jalankan secara berkumpulan di tempat anda.
Jadi Sahabat JomCantik di Facebook http://www.facebook.com/huzalfah
Tel: 012-3900454 / 012-3155020 Email : zalfah@yahoo.com
