Bahaya Kosmetik Beracun

 

Menurut Kementerian Kesihatan, kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba. Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran

Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada membeli dan mengguna produk kosmetik yg dikesan mengandungi Racun Berjadual seperti  Dexamethasone, Hydroquinone dan Tretinoin yang boleh memberi pelbagai kesan sampingan kepada pengguna

 

Penggunaan dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin dalam produk kosmetik adalah tidak dibenarkan dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan

 

  • Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, kulit rasa terbakar, gatal, kering dan mengelupas, bertambah jeragat hitam pada kulit, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari
  • Hydroquinone pula boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini dan kulit menjadi hipersensitif di samping menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) ataupun dalam perkataan biasa ialah pengelupasan. Proses depigmentasi mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit
  • Dexamethasone pula adalah sejenis steroid, apabila digunakan secara berterusan boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan antaranya iritasi kulit, kulit kering, jerawat, kulit menjadi nipis dan meningkatkan risiko jangkitan kuman.


Ingin ketahui Senarai Produk Kosmetik yang di senarai hitamkan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan klik ke http://portal.bpfk.gov.my/

 

InsyaAllah saya akan kongsikan kepada anda

  • Cara memilih produk kecantikan yg selamat, halal dan baik untuk jenis kulit anda
  • Cara merawat wajah dan mengatasi masalah jerawat, jeragat dan masalah kulit
  • Cara membersihkan wajah (Harian / Mingguan) yg betul

di Kursus Asas Kecantikan 3in1 – Asas penjagaan Wajah + Asas Solekan + Gaya Bertudung (JC Asas)


klik ke JADUAL KURSUS utk semak jadual terdekat dan mendaftar atau Call 012-3155020

 

  • Share/Bookmark