Warga Shah Alam dan kawasan sekitar jangan lupa utk mendaftar segera.

Tempat terhad

 

 


Sesi 1
Seminar Peluang memulakan Perniagaan Kecantikan HomeSalon bersama JomCantik

  • Ketahui Panduan Memulakan perniagaan kecantikan dari Rumah/Rumah ke rumah yg menguntungkan
  • Rahsia/Formula Bagaimana anda boleh menjana pendapatan miniman RM1000 dari perniagaan Homesalon anda?
  • Bagaimana JomCantik boleh membantu anda memulakan HomeSalon anda yang menguntungka walaupun anda tidak ada pengalaman/ kemahiran
  • Khidmat Nasihat pemilihan perniagaan Homesalon yang menjadi pilihan ramai/pelanggan
  • Byk lagi…

Masa : 9pagi – 1ptg
RM50

 

Sesi 2

Kursus Asas Solekan dan Penampilan Diri (Self Grooming)
Masa : 2ptg – 6ptg
RM100

*Boleh pilih utk hadir Sesi 1 atau 2 atau keduanya.
* Sekiranya anda hadir kedua-dua sesi, anda hanya perlu bayar RM100 shj :)

Borang pendaftaran KLIK DI SINI



  • Share/Bookmark

Kursus Rawatan Rambut dan Pengurusan HomeSalon : 14hb Nov Personal Kelas bersama Samsida dari Jitra Kedah. Beliau datang dari jauh untuk mendapatkan ilmu memandangkan JC belum lagi bertandang ke Kedah. Datang dengan Bas dari Kedah ke KL seorang diri dengan niat utk menimba ilmu menjadikan Samsida antara pelajar cemerlang. Sebelum ini pada 12-13hb Nov, Sida mengikuti Kursus Rawatan Wajah dan Pengurusan HomeSalon anjuran JC.

InsyaAllah JC akan terus membimbing dengan menyediakan khidmat nasihat selama 3bulan kepada semua peserta kursus seteleh mereka tamat latihan bersama JomCantik.

 

Anda akan di bimbing bagaimana menjadikan kemahiran kecantikan sumber pendapatan lumayan sepanjang tahun.

ps: Utk yg inginkan Personal kelas, sila call 012-3155020, kelas di buka ISNIN-JUMAAT.

Anda ada soalan nak tanya saya….Sila Klik di sini

Anda Tanya Saya Jawab :

Rujuk Jadual Kursus Terkini : Jadual Kursus

 

  • Share/Bookmark

12-13hb Nov lepas, JomCantik selesai mengendalikan Kursus Rawatan Wajah dan Pengurusan HomeSalon di Seri Kembangan.

Seramai 6org peserta telah tamat kursus di mana mereka ini datang dari Shah Alam, Jitra Kedah, Kuching Sarawak, Melaka, Puchong. Tahniah buat semua peserta yg kini sudah boleh menjana pendapatan dari HomeSalon anda sama ada beroperasi dari Rumah / Rumah ke Rumah.

Rata-rata peserta bermula dari TANPA kemahiran dan kini telah di latih bukan setakat menyediakan Perkhidmatan Rawatan Wajah, juga belajar teknik betul mengendalikan HomeSalon agar menghasilkan pendapatan yang lumayan walau beroperasi hanya dari rumah.

Program khidmat nasihat dari JomCantik setelah tamat kursus juga disediakan sehingga 3bulan.

Anda akan di bimbing bagaimana menjadikan kemahiran kecantikan sumber pendapatan lumayan sepanjang tahun.

ps: Utk yg inginkan Personal kelas, sila call 012-3155020, kelas di buka ISNIN-JUMAAT.

-Pengasas JomCantik
www.jomcantik.com
zalfah@yahoo.com

 

Anda ada soalan nak tanya saya….Sila Klik di sini

Anda Tanya Saya Jawab :

Rujuk Jadual Kursus Terkini : Jadual Kursus

 


 

 

 

  • Share/Bookmark

Alhamdulillah, selesai kendalikan Kursus Solekan Andaman (personal kelas) bersama Suriani Ahmad hari ini. Kelas 1 hari 8/11/11- (Suriani tidak ada langsung asas solekan) dan lihat hasil solekan beliau.


Utk mereka yang berminat :
Jadual Kursus di KL dan JB sepanjang Nov/Dec rujuk www.jomcantik.com/jadual-kursus dan terus mendaftar, BORANG PENDAFTARAN. Tempat terhad. Set Asas lengkap Solekan Andaman di beri PERCUMA.

Nota : Di dlm kelas Solekan Andaman, peserta di ajar teknik solekan
- Majlis Malam / Siang
- Pertunangan
- Ke pejabat
- Temuduga

Anda akan di bimbing bagaimana menjadikan kemahiran kecantikan sumber pendapatan lumayan sepanjang tahun.

ps: Utk yg inginkan Personal kelas, sila call 012-3155020, kelas di buka ISNIN-JUMAAT.


 

  • Share/Bookmark

Kursus Rawatan Rambut dan Pengurusan HomeSalon

(Perkara yang anda perlu tahu tentang Kursus Rawatan Rambut dan Pengurusan HomeSalon)

Anda pernah dengar Yun Nam, Hair care 101, APT? Mrk ini pusat salon rawatan rambut terkemuka dan menjana pendapatan jutaan ringgit setiap tahun. Apa perkhidmantan yang mereka sediakan…..”Rawatan Rambut”, “Produk Rawatan Rambut”.

Atas dasar itu, JC (JomCantik) dan kajian keatas produk (kami menggunakan produk berasas GAMAT DAN SARANG BURUNG), keberkesanan, kualiti dan banyaknya testimonial yang telah kami bantu, maka kami perkenalkan Kursus ini sejak 2 tahun yang lalu dan telah berjaya melatih ramai mereka yang MINAT, BERMASALAH RAMBUT, INGIN MENCARI PELUANG KERJAYA YG SIMPLE memulakan perniagaan mereka sendiri.

* Kursus ini tidak langsung melibatkan AIR, GUNTING RAMBUT…hanya menyediakan Rawatan Rambut dan Urutan di Kulit Kepala.


Kepentingan Kursus :

  • Melatih lebih ramai Usahawan wanita memiliki kemahiran untuk merawat masalah rambut seperti Gugur, Kelemumur, Gatal-gatal, Kebotakkan, Berbau, Terlalu berminyak, Kering/bercabang/Rosak dan suburkan akar rambut.
  • Menyediakan peluang kepada peserta Kursus untuk memulakan perniagaan dengan Kos yang rendah tapi mampu menjana pendapatan lumayan setiap bulan.
  • Melatih peserta Kursus cara menguruskan HomeSalon anda dengan baik, pengurusan kewangan, teknik pemasaran yang berkesan dll.

Sasaran Pelanggan

  • ooi ramai…selagi mereka ada rambut. Menurut statistik JC, hampir 85% wanita/lelaki tidak tahu cara menggunakan shampoo dan conditioner dengan betul, tidak tahu cara merawat masalah rambut mereka yang menyebabkan kerosakkan rambut yang teruk.

Pendapatan

  • Dari RM1000 sebulan (hanya beroperasi dari Rumah / Rumah ke Rumah, TANPA SALON)

Caranya?

Daftar sebagai peserta kursus Rawatan Rambut dan Pengurusan HomeSalon

Rujuk www.jomcantik.com/jadual-kursus

Yuran Kursus termasuk Portable Stimer dan set rawatan rambut untuk latihan Kursus dan Mulakan HomeSalon anda sekarang!

 

  • Share/Bookmark

Ketahui tentang JomCantik, Kursus dan Program yg kami jalankan secara Eksklusif di Harian Metro Hari ini 4hb Nov 2011 :)

http://www.hmetro.com.my/articles/Sedialatihankecantikan/Article


Petikan Metro 4hb Nov 2011 (Ruangan Personaliti)

WALAUPUN ketika itu memiliki kerjaya tetap yang menawarkan pendapatan lumayan setiap bulan, minat dalam bidang kecantikan mendorongnya mengambil tindakan drastik dengan berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang berkenaan.

Bagi Huzalfah Shamsudin, 37, kesungguhan meneruskan kerjaya dalam bidang perkhidmatan kecantikan itu akhirnya memberikan pulangan lumayan yang tidak pernah diimpikannya.

Malah, sejak memulakan perniagaan perkhidmatan rawatan kecantikan JomCantik dari rumah ke rumah pada 2006, boleh dikatakan rezekinya tidak pernah putus.

Waktu itu, tidak ramai yang berani mengendalikan perkhidmatan terus dari rumah ke rumah kerana bimbang ia tidak boleh berkembang lebih jauh, malah mereka juga tidak didedahkan dengan proses pengendalian perniagaan dengan betul.


“Saya tidak pernah mengambil tahu mengenai pandangan dan pendapat orang luar kerana tahu apa yang saya lakukan ini betul dan ikhlas untuk membantu pelanggan terutama wanita mendapatkan perkhidmatan kecantikan secara mudah dan pada harga berpatutan.

Walaupun nampak sukar, kepuasan yang diperoleh daripada ucapan terima kasih pelanggan memang sukar digambarkan dengan kata-kata,” katanya ketika ditemui di kedainya di Sri Gombak, Selangor, baru-baru ini.

Walaupun bekerja di rumah ataupun menawarkan perkhidmatan perawatan dari rumah ke rumah, konsep rawatan kecantikan yang diberikan masih menyamai perkhidmatan
di salun.

Di samping itu katanya, jangan terkejut apabila perolehan pendapatan daripada khidmat servis dari rumah ke rumah itu mampu menjengah lima angka setiap bulan.

Malah, ramai beranggapan ia sesuatu yang sukar dilakukan, tetapi dengan teknik dan cara yang betul serta kesungguhan mengusahakannya, segalanya mampu dimiliki.

Tidak dinafikan mungkin peralatan yang digunakan tidak secanggih dan semewah berada di salun, tetapi ia memberikan lebih keselesaan kerana berada di rumah sendiri tanpa kehadiran mereka yang tidak dikenali.

Malah, pelanggan tidak perlu lagi bersusah payah keluar untuk ke salun sebaliknya hanya membuat panggilan dan melakukan temu janji menetapkan jenis rawatan, kita akan datang untuk melakukannya,” katanya.

Selain menyediakan perkhidmatan terus dari rumah ke rumah, kini JomCantik turut menyediakan latihan kepada usahawan wanita yang ingin berjinak-jinak dengan dunia perniagaan kecantikan dan menyediakan tiga kursus utama membabitkan rawatan rambut, wajah serta mekap andaman.

Katanya, sesiapa saja yang mempunyai minat tidak kira wanita berkerjaya, suri rumah, graduan serta mereka yang tidak ada pengetahuan dalam bidang kecantikan boleh menyertainya.

Peserta diajar cara penyediaan perkhidmatan dan sebaiknya memulakan dengan satu jenis rawatan sebelum dinaik taraf dan menyediakan dengan pelbagai bentuk rawatan.

Ia bertujuan memberikan peserta lebih kemahiran dalam satu-satu bidang berbanding mencuba semua perkara hingga mengabaikan keselesaan dan kepuasan pelanggan,” katanya.

Sementara itu, Huzalfah berkata, pusat latihan usahawan JomCantik juga melancarkan Program Rakan Kursus bertujuan melatih 20 rakan kursus terlatih setiap tahun yang mana perniagaannya mendapat pemantauan menyeluruh daripada JomCantik.

Program ini diadakan bagi menyediakan kemahiran kecantikan kepada rakan kursus agar dapat menyediakan perkhidmatan rawatan sama ada di salun, beroperasi dari rumah ataupun secara bergerak.

Malah, di akhir kursus ini setiap rakan kursus mampu mengendalikan kursus kemahiran kecantikan sendiri di bawah penjenamaan JomCantik di tempat mereka selain menikmati pendapatan lumayan.

Kursus ini membantu menyediakan peluang kepada mereka yang mempunyai minat, tetapi tidak mengetahui cara untuk mengendalikannya. Ini kerana selain penyediaan kursus, JomCantik juga akan membantu menyediakan promosi dan memantau kadar perolehan usahawan berkenaan, produk digunakan serta khidmat sokongan.

Boleh dikatakan ia bertujuan menjadikan usahawan rakan kursus ini sebagai pelapis baru kepada francais mini JomCantik, tetapi berasaskan perniagaan mereka sendiri,” katanya.

Di samping itu, Huzalfah berkata, untuk perancangan masa hadapan pula dia berharap dapat menyediakan lebih banyak kursus kecantikan berorientasikan perniagaan dari rumah serta menjadi akademi kecantikan profesional salun rumah terkemuka.

Saya ingin memperluaskan lagi pusat latihan JomCantik ke seluruh negara bagi membantu membimbing usahawan wanita dalam memulakan perniagaan mereka.

Dengan ini wanita boleh memiliki pendapatan sampingan dalam membantu mengurangkan perbelanjaan harian keluarga,” katanya.

Selain itu, katanya pusat latihan ini turut bekerjasama dengan banyak pihak seperti institusi pengajian tinggi, kolej serta organisasi sokongan usahawan lain dalam usaha membantu lebih ramai wanita memulakan perniagaan kecantikan berjaya.

Saya juga ingin memastikan matlamat dan objektif utama JomCantik boleh dinikmati semua dan dengan ini wanita tanpa mengira taraf pendidikan ataupun bangsa boleh menerima manfaat daripadanya.

Kepuasan yang diperoleh atas usaha membantu mereka memerlukan menjadikan saya lebih semangat untuk memastikan impian dan cita-cita saya tercapai demi kebaikan semua pihak,” katanya.

 

 

  • Share/Bookmark

Kami sudah melatih dan bimbing lebih 800 usahawan Wanita dengan Kemahiran dan memulakan Spa Kecantikan dari Rumah / Bergerak mereka yang menguntungkan. Kini kami ingin melatih anda pula…” - Pengasas JomCantik

Pengambilan NOV/DEC 2011 kini di buka, Rujuk Jadual Kursus di http://www.jomcantik.com/jadual-kursus atau hubungi 012-3155020 utk khidmat nasihat PERCUMA dari kami.

JIMAT RM220 bila anda mendaftar 2 Kursus Utama (JC Facial dan JC HairSpa) dari 1/11/11 hingga 31/12/11


  • Share/Bookmark

Pendaftaran pelbagai Kursus Kecantikan JomCantik di sekitar KL / Selangor / Ipoh utk pengambilan NOV, DEC 2011 dan JAN 2012 kini di buka. Kini Kursus-Kursus Kecantikan JomCantik kami bawakan ke kawasan yang lebih dekat dengan anda.

Antara Kursus di tawarkan :

  1. JC Facial dan Pengurusan HomeSalon RM1220
  2. JC HairSpa (Rawatan Rambut) dan Pengurusan HomeSalon RM520

Nota: Kepada yang mendaftar utk 2 Kursus (Kursus JC Facial dan JC HairSpa)  dapatkan penjimatan RM220 dari kami.

Daftar sekarang. Terhad utk 10org pelajar utk setiap Kursus.

Mendaftar secara ONLINE Klik di sini

Mendaftar secara SMS (rujuk iklan)

 

Kembali ke laman Utama

 

  • Share/Bookmark

Hampir 2bulan JomCantik tidak mengendalikan Kursus Asas Kecantikan yang meliputi Asas Solekan, Asas Penjagaan Wajah dan Teknik Mudah Gaya Bertudugn buat warga KL/Selangor. Ini kerana Jadual kami yang padat dengan Program Rakan Kursus dan Melatih lebih ramai wanita dlm Kursus Pengurusan HomeSalon.

Berita Baik utk anda, JomCantik akan kendalikan Kursus Asas Kecantikan 3 dlm 1 utk serlahkan penampilan diri sendiri – Facial, Solekan dan Gaya Bertudung.

 

Setiap peserta yang mendaftar sama ada individu @ berkumpulan, anda layak mendapatkan PERCUMA Pro Makeup set yang di lengkapi dengan Eyeshadow, Lipstik, Blusher. Jadi anda hanya perlu bawa sendiri Mascara, Eye Liner Liquid dan Pensil serta Brush solekan.

Sekiranya anda tidak ada set solekan sendiri, boleh buat tempahan untuk dapatkannya dengan harga istimewa RM60 sahaja.

 

Maklumat lanjut seperti di iklan di atas. Daftar Sekarang, Tempat Terhad :)

 

Daftar Online Klik di sini Atau boleh Daftar secar SMS seperti di nyatakan di iklan. Jumpa anda di sana.

 

 

Kembali ke laman Utama

 

  • Share/Bookmark

Pendaftaran pelbagai Kursus Kecantikan JomCantik di Johor Bahru utk pengambilan NOV & DEC di buka.

Antara Kursus di tawarkan :

  1. JC Facial dan Pengurusan HomeSalon
  2. JC HairSpa (Rawatan Rambut) dan Pengurusan HomeSalon
  3. JC Makeup (Solekan Andaman & Pelbagai)

 

Daftar sekarang. Terhad utk 10org pelajar utk setiap Kursus.

Mendaftar secara ONLINE Klik di sini

Mendaftar secara SMS (rujuk iklan di bawah)


 


  • Share/Bookmark