Kebanyakan orang tidak tahu tahu kenapa dia perlu berniaga. Kenapa dia memilih perniagaan sebagai sumber rezeki? Untuk apa dia berniaga sebenarnya?
Jawapan mudah, dia berniaga sebab dia ikut orang lain berniaga. Dia nampak orang lain dapat duit melalui perniagaan, jadi dia pun mahu dapat duit serta mahu buat duit. Tapi dia lupa utk mempersiapkan diri utk menjadi USAHAWAN
Usahawan yang ada motivasi tinggi adalah usahawan yang berniaga kerana minat.
- Bantu Org lain. Menyediakan produk atau perkhidmatan yang bermanfaat buat orang ramai melalui perniagaannya
- Jangan fikirkan sangat soal untung sekarang, beri masa untuk anda belajar, keuntungan akan datang sendiri apabila pelanggan berpuas hati menggunakan produk atau perkhidmatan yg anda tawarkan
- Usahawan hendaklah sentiasa berfikiran kreatif, dgn mencipta kelainan. Bagi setiap perkara yang kita lihat, ada bermacam- macam cara lain untuk melihatnya. Bagi setiap cara untuk melakukan sesuatu, ada bermacam-macam cara lain untuk melakukannya. JANGAN CEPAT PUTUS ASA.
- Jangan fikir apa org lain nak kata, JUST DO IT
