Huzalfah atau lebih dikenali dengan panggilan Zaza di dalam dunia Kecantikan berusia 36 tahun (2010). Beliau mempunyai perniagaan Kecantikan secara Homebase sejak tahun 2006 lagi.

Beliau menetap di Klang Selangor , dan 90% sumber rezekinya adalah dari dunia Kecantikan dan Kesihatan dari seluruh pelusuk negeri Malaysia termasuklah dari luar negara -Brunei, Singapura, Indonesia sama ada secara bersemuka atau secara online dengan para pelanggan.Inilah salah satu kelebihan beliau dalam menjalankan perniagaan yang mengabungkan teknik pemasaran Internet (online) dan Offline. 

Kini beliau memanjangkan langkah perjuangannya dengan berkongsi ilmu, pengalaman dan kemahiran bersama lebih ramai lagi mereka-mereka yang berminat mendalami kerjaya dalam bidang kecantikan sebagai Juru Kecantikan, Konsultan kecantikan, Usahawan Kecantikan secara serius untuk membina kerjaya dan perniagaan dalam bidang ini atau sekurang-kurangnya menjana pendapatan tambahan melaluinya.

 

Antara usaha yang beliau lakukan adalah:
1.Aktif di forum komuniti dan laman web sosial seperti Facebook
2.Konsultasi, seminar, bengkel dan ‘personal coaching’ (berbayar)
3.Memberi ceramah di IPT-IPT Tempatan
4.Menyertai program-program ‘khidmat masyarakat’ (non-profit)
5.Program Apprentice (latihan percuma tanpa bayaran tetapi tertutup)
6.Membantu usahawan-usahawan kecantikan yang baru terutama yang mempunyai potensi besar untuk berjaya.
7.Membuka ruang soal jawab melalui emel dan juga blog.

 

Bidang pengkhususan beliau dalam bidang Kecantikan, Kesihatan, Promosi & Marketing:
1.Kursus Kecantikan : Latihan Praktikal dari Rumah disediakan
2.Teknik Promosi dan Marketing dalam bidang Kecantikan
3.Kursus Membina Website Perniagaan Kecantikan

Beliau juga amat berminat di dalam bidang Pembangunan diri, Bisnes dan Latihan Keusahawanan. Kini beliau terus menerus menuntut ilmu dengan motivator-motivator, trainer, coach dan individu-individu yang berjaya di dalam bidang masing-masing. Seminar, bengkel, ceramah, konsultasi…

Sejak tahun 2006, beliau aktif di dalam menjalankan program Kecantikan bersama beberapa orang rakan seperniagaannya, di samping melakukan secara persendirian sama ada ceramah, seminar, Kursus dan Konsultasi dan juga bengkel perniagaan Kecantikan.

 

Prinsipnya adalah mendidik, membimbing dan membantu.
Pengalaman:
1.Homebase Business kecantikan
2.Personal Coaching Perniagaan Kecantikan.
3.Bengkel Perniagaan Kecantikan.
4.Kursus Kecantikan secara homebase dari keselesan rumah anda

Untuk sebarang jemputan ceramah, mengadakan bengkel kecantikan dan kesihatan boleh hubungi Jomcantik di 012-3155020 untuk perbincangan lebih lanjut.

 

 

 

 

Beliau memang jarang duduk diam. Asalkan ada sambungan Internet dan sebuah laptop maka disitulah beliau akan melakukan bisnes semasa bercuti, berada di kampung atau semasa outstation (urusan di luar daerah/negeri).

Matlamat Utama Bisnes:
1. Membantu usahawan baru berjaya memulakan perniagaan dalam bidang kecantikan yang menguntungkan dan menggunakan internet sebagai salah satu medium pemasaran perniagaan.
2. Melahirkan usahawan kecantikan yang bersemangat, cekal dan berjaya.
3. Menjadi seorang coach dan perunding cara di dalam bidang Kecantikan dan Keusahawanan

Juga boleh terus berkomunikasi melalui laman web sosial Facebook atau email beliau di zalfah@yahoo.com
Facebook: http://www.facebook.com/huzalfah

Kembali ke laman Utama

  • Share/Bookmark

Comments are closed.